Powered By Blogger

Tuesday 17 November 2020

Muslim memelihara anjing sebagai haiwan kesayangan

Hukum Memelihara Anjing Oleh Orang Islam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2017 yang bersidang pada 14-15 Ogos 2017 telah membincangkan mengenai Hukum Pemeliharaan Anjing Sebagai Haiwan Peliharaan Oleh Orang Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut: 1. Mesyuarat memutuskan bahawa hukum memelihara anjing di rumah oleh orang Islam sebagai haiwan peliharaan (pet) adalah haram melainkan untuk tujuan muktabar yang termasuk dalam keperluan dan kemaslahatan. Antaranya adalah untuk tujuan: i. Perburuan; anjing yang digunakan bukanlah anjing "comel" dijadikan "teman" untuk bermanja, tetapi anjing yang garang atau tahan lasak dan sesuai dijadikan untuk berburu. Walau bagaimanapun, Islam hanya membenarkan perburuan adalah untuk mendapatkan makanan, bukan memburu kerana sukan, suka-suka dan berseronok-seronok kerana Islam tidak membenarkan haiwan dibunuh atau diseksa atau diusir dari tempat yang lazim mereka tinggal, hanya untuk suka-suka; ii. Anjing pemandu jalan; untuk dijadikan anjing pemandu jalan seperti untuk orang buta sekiranya amat memerlukan dan tiada orang lain yang dapat membantu; iii. Keselamatan; untuk tujuan keselamatan pihak berkuasa seperti Polis dan Kastam, dan juga untuk mengawal keselamatan di sekitar rumah; iv. Membantu penternakan haiwan. 2. Perbuatan memegang anjing secara sengaja, tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam akan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ianya bercanggah dengan pegangan mazhab dan uruf di Malaysia. Menurut mazhab syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam. 3. Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai mughallazah namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya. 4. Perbuatan mana-mana orang Islam yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan (pet) akan disalah tafsir dan dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam. Oleh yang demikian, mereka perlu segera meninggalkan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah. 5. Justeru, umat Islam dinasihatkan agar tidak menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan. Ini kerana Islam mewajibkan umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian. kedudukan anjing dalam pandangan 4 mazhab Dalam ajaran Islam, anjing tergolong haiwan yang mengandungi najis. Haian najis lainnya yaitu babi. Tetapi, kedudukan najis pada anjing berbeda dengan babi. Pada babi, seluruh tubuhnya hingga liur dan kotorannya sepenuhnya najis. Sedangkan anjing, para ulama berbeza pendapat. Ada yang menyebut haiwan suci namun lebih banyak menyatakannya sebagai haiwan najis. Syeikh Wahbah Az Zuhayli dalam kitabnya Al Fiqhul Islami wa Adillatuh menetapkan anjing berada pada urutan pertama benda yang status najisnya diperdebatkan ulama. Ulama kelahiran Suriah yang juga pengajar di sejumlah universitas terkemuka di Timur Tengah ini membuat perincian mengenai pandangan empat mazhab terkait status najis pada anjing. Mazhab Hanafi: Najis Anjing Pada Mulut, Air Liur dan Kotorannya Mazhab Hanafi berpandangan anjing bukan haiwan najis karena bermanfaat sebagai penjaga dan pemburu. Berbeza dengan babi yang najisnya secara jelas disebutkan dalam Alquran. Meski demikian, mazhab ini menyatakan mulut atau air liur dan kotoran seekor anjing tetap najis. Status kenajisan tersebut tidak boleh ditetapkan pada seluruh tubuh anjing. Jika ada benda dijilat anjing, maka harus dibilas sebanyak tujuh kali. Mazhab Maliki: Anjing Haiwan Suci Mazhab Maliki berpandangan lain. Mazhab ini menyatakan anjing adalah haiwan suci apapun jenisnya. Baik itu anjing penjaga, pemburu, ataupun lainnya. Tetapi, mazhab ini menyatakan apabila terkena liur,dijilat anjing, maka harus dibasuh sebanyak tujuh kali. Ini sebagai bentuk kepatuhan kepada syariat. Mazhab Syafi'i dan Hambali: Anjing Najis Seluruhnya Sedangkan Mazhab Syafi'i dan Hambali berpandangan anjing dan babi adalah haiwan najis sepenuhnya. Jika ada benda dijilat atau hanya tersentuh anjing dan babi, harus dibilah sebanyak tujuh kali. Salah satu bilasan dicampur dengan debu atau tanah yang suci. Di Malaysia, pandangan mazhab yang digunakan masyarakat adalah Mazhab Syafi'i. Bisakah Najis Anjing Dibersihkan dengan Sabun? Dream - Dalam ketentuan fikih, anjing termasuk dalam najis berat. Najis ini jika menempel pada pakaian atau bejana, maka harus dicuci sebanyak tujuh kali dan salah satunya menggunakan tanah. Tanah memiliki sifat yang mampu menetralisir bakteri. Sehingga, tanah dinyatakan bisa menghilangkan unsur najis hingga tak berbekas. Seiring perkembangan zaman, cara mencuci pakaian juga mengalami perubahan. Jika dulu cukup dengan air, sekarang banyak yang menggunakan sabun. Lalu, bolehkah sabun digunakan untuk membersihkan najis anjing menggantikan fungsi tanah? Terkait penggunaan sabun, ada beberapa ulama yang membahasnya. Di antaranya yaitu Syeikh Jalaluddin Al Mahalli dalam kitabnya Al Mahalli, Syeikh Ahmad Al Hijazi dalam kitabnya Tuhfatul Habib, Syeikh Taqiyuddin Abu Bakar dalam Kifayatul Akhyar, Imam An Nawawi dalam Raudhatuth Thalibin, Syeikh Abdul Karim bin Muhammad Ar Rafi'i dalam kitab Fathul Aziz Tiga Pandangan Ulama Secara garis besar, para ulama di atas menyatakan ada dua pandangan apakah sabun bisa menggantikan tanah. Pandangan pertama menyatakan tidak bisa. Alasannya, alat untuk bersuci hanya terdiri dari dua unsur yaitu air dan tanah. Sedangkan pandangan kedua menyatakan tanah bisa diganti dengan sabun. Hal ini disamakan dengan menyamak kulit. Kulit haiwan buas seperti harimau, singa, dan lain sebagainya pada dasarnya najis. Kulit ini menjadi suci dan bisa dipakai untuk solat apabila sudah disamak. Caranya dengan membersihkan kulit dari daging, kotoran, dan lain sebagainya kemudian dicuci dengan air. Setelah itu diberi tawas atau sejenisnya yang bisa menghilangkan sisa kotoran. Dalam hal ini, para ulama membolehkan tanah diganti dengan sabun. Karena sifat sabun dapat menghilangkan sisa kotoran. Sementara pandangan ketiga menyatakan sabun hanya dibolehkan menggantikan tanah apabila dalam keadaan darurat. Contohnya, tempat yang tiada tanah dan air